Post Info TOPIC: Selepas melawat Acheh
Fachrurrazi ( Ares KL Office )

Date:
Selepas melawat Acheh
Permalink   


Asskum,

Saya berkesempatan melawat banda acheh walaupun pada waktu yg singkat tetapi cukup untuk melihat kesengsaraan yg dialami oleh masyarakat Acheh.

Selepas membaca berita di akhbar tempatan di mana bekalan makanan berada pada tahap yg kritikal (sedangkan bantuan yg dihantar mencurah curah), pihak yayasan albukhary / staff mengambil keputusan untuk menghantar sendiri bantuan ke acheh bagi memastikan ia sampai ke tangan yg betul tanpa ada penyelewengan.

Dgn bantuan Yayasan SALAM, kami telah berjaya menyewa flight BERJAYA air untuk ke Acheh. Lima org dalam kumpulan kami iaitu Datuk Ahmad Talib, Group Editor NST & Bos Yayasan SALAM, kakitangan Yayasan SALAM, 2 org dari The Sun dan saya sendiri, dgn membawa bekalan makanan, ubat ubatan, telekung, quran, buku sekolah, dan cash untuk membuat korban pada aidiadha akan dtg.

Setibanya di Lapangan Terbang Iskandar Muda, Acheh..hati mula tersentuh melihat ratusan poster dan gambar2 mangsa yg masih hilang..yg kebanyakannya kanak2 di bawah umur 10 tahun........ teringat anak dirumah yg lebih kurang sebaya mereka..

Acheh di landa tsunami setinggi 30 meter dan sederas 800 km / jam...tiada apa yg boleh selamat dlm keadaan itu..saya terbayang bagaimana kanak2 itu meminta tolong dalam bencana yg dahsyat itu..

Dalam perjalanan dari Airport ke kem Yayasan SALAM di banda acheh, saya menaiki lori dan seatnya atas bumbung sebab lori penuh dgn bekalan kami (lori merupakan pengangkutan yg paling penting di acheh skrg), bayangkan di sepanjang jalan cuma aroma bau mayat saja yg di hidu...melalui kubur besar yg mengebumikan 300 org di dalam nya...

Saya berkesempatan, berbual dgn Ketua bagi pasukan menyelamat Yayasan SALAM, menurut beliau sukarelawan mmg ramai, tetapi yg betul2 bersedia untuk berdepan dgn mayat tak ramai.. dlm 20 org hanya 3 org saja yg ok...yg lain semua muntah2 tengok mayat..

Skrg semua sukarelawan, puteri umno, aman malaysia berkumpul di banda acheh. for info, banda acheh dah clear, cuma tinggal sedikit saja mayat yg belum di angkat ,yg memerlukan bantuan seperti di daerah melaboh dan sekitarnya. perjalanan dari banda acheh ke melaboh lebih kurang 3- 4 jam.. beribu ribu mayat lagi masih di bawah timbunan sampah, dlm rumah, kenderaan.. malah ada mayat wanita yg memeluk anaknya tersangkut di pokok kelapa di daerah itu..... di saat ni gempa masih lagi berlaku...semua org tak lelap tidur kebelakangan ini, kerana takut tsunami kedua melanda.

Masalah yg paling utama disini ialah logistik. bekalan yg kita hantar dari sini akan sampai ke port / airport disana. Untuk menguruskan transport dari port / ke airport amat sukar untuk mendapatkan lori, ditambah lagi dgn kerenah birokrasi pihak berkuasa indonesia.

Pihak Yayasan SALAM mengsyorkan supaya org ramai yg ingin membantu supaya berikan wang tunai sahaja, dengan wang tunai yg ada merekan akan membeli bekalan di medan dan terus di hantar ke acheh. lebih mudah, dan logistik kos lebih murah dan yg penting ia akan sampai ke tangan yg betul.

Selepas selesai di Kem Yayasan SALAM, kami menuju ke kem Persatuan Bulat Sabit Merah di Lanud. Dlm perjalanan ke sana saya melihat puluhan kemah di tepi jalan raya yg didiami oleh mangsa tsunami... puluhan kenderaan pak POLISI dan TNI di merata kawasan (bimbang dgn serangan GAM), keadaan tak ubah mcm medan perang..

Kami berjumpa dgn ahli2 PBSM, smart, ATM yang semuanya nampak keletihan..di tambah pula keadaan kemah berlantaikan tanah..lepas hujan pulak...

Melihat kepada semangat sukarelawan yg tinggi, hati jadi berkobar kobar untuk kembali kesana.. jika diiznkan saya mungkin kembali ke acheh pada malam hari raya aidiladha untuk bersama bertakbir raya dgn pasukan penyelamat seterusnya menyertai operasi mencari mayat pada hari berikut, tetapi bergantung kepada flight availability dan jadual saya sendiri.

Lebih kurang jam 1.45 pagi kami langsung menuju ke airport, dan bertolak dari acheh jam 2 pagi.. semasa dalam perjalanan pulang saya berfikir sejenak.... kita sebenarnya punya terlalu banyak sebab untuk bersyukur menjadi rakyat malaysia.... bersyukur kepada ALLAH atas setiap rezeki yg diberikan kepada kita.....

Sekian


__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard